Berita

Sertai World Islamic Entrepreneur Summit (WIES), Eskayvie terus terbang tinggi

Isteri dari Menteri Pariwisata dan Ekonomi Kreatif serta sebahagian daripada 17 delegasi World Islamic Entrepreneur Summit (WIES) 2023
- Diterbit 12 September 2023 4:14 AM MYT

SYARIKAT pengeluar produk kesihatan berkualiti tinggi, Eskayvie telah menyertai majlis berprestij, World Islamic Entrepreneur Summit 2023 (WIES) di Pangeran Beach Hotel, Padang Indonesia, pada 6 hingga 8 September lalu.

Program antarabangsa yang dirasmikan oleh Gubernur Provinsi Sumatera Barat, Indonesia, H. Mahyeldi Ansharullah, itu menghimpunkan ribuan usahawan Muslim dari seluruh dunia dengan matlamat utama untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang ekonomi digital.

Sejumlah negara ASEAN dan Timur Tengah, termasuk Malaysia, Vietnam, Filipina, Thailand, Singapura, Timor Leste, India, Morocco, Kazakhstan, Kuwait, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Turki, Uzbekistan, dan Sepanyol turut terbabit dalam acara ini.

KARTIKA Wati bersama Nur Asia Uno, Isteri dari Menteri Pariwisata dan Ekonomi Kreatif serta sebahagian daripada 17 delegasi World Islamic Entrepreneur Summit (WIES) 2023, di Padang, Sumatera Barat

Program ini juga menyaksikan penampilan istimewa Kartika Wati Mohamed, Pengarah Urusan Eskayvie bersama isteri Menteri Pariwisata dan Ekonomi Kreatif, Nur Asia Uno

di pentas utama dalam sesi Closing The Gender Gaps: Exploring Best Practices in Women Empowerment in Business through Digital Inclusion.

“Platform digital Eskayvie Nexus diperkenalkan pada tahun 2020 dan telah berjaya membantu ramai individu yang terkesan dengan bebanan kewangan akibat ketidakstabilan ekonomi negara dan dunia amnya.

“Melalui transformasi pendigitalan ini, Eskayvie telah berhasil membantu usahawan untuk memulakan perniagaan secara atas talian dan melakukan urusniaga dari mana saja dengan menggunakan telefon.

“Selain itu, setiap usahawan Eskayvie Nexus yang berdaftar di bawah jenama Eskayvie turut menerima latihan berterusan bagi memantapkan kemahiran keusahawanan mereka, termasuk strategi pemasaran, jualan, dan kepemimpinan yang berkesan,” ujar Kartika Wati.

FOUNDER Eskayvie, Kartika Wati dan Dr Syid Ayob bersama Sandiaga Uno, Menteri
Pariwisata dan Ekonomi Kreatif Indonesia dan isteri.

 

CLOSING The Gender Gaps: Exploring Best Practices in Women Empowerment in Business through Digital Inclusion oleh Kartika Wati Mohamed, Pengarah Urusan Eskayvie

Sehingga kini, Eskayvie telah melahirkan lebih daripada 80,000 usahawan Eskayvie  Nexus di seluruh Malaysia dan Indonesia.

“Daripada jumlah tersebut, 85 peratus daripada mereka adalah wanita ‘suri bisnes’. Melalui inisiatif pendigitalan Eskayvie Nexus, pendapatan bulanan wanita ‘suri bisnes’ ini telah meningkat daripada USD 500 sehingga USD 40,000 sebulan,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Eskayvie melalui platform Eskayvie Nexus akan terus memberikan impak yang lebih besar kepada komuniti dan mengukuhkan lagi kedudukan dalam dunia kesihatan berkualiti tinggi serta menguasai pasaran halal.

“Ini adalah langkah menuju masa depan yang lebih cerah, lebih seimbang dan lebih inklusif,” kata Kartika Wati optimis.

KARTIKA Wati berkongsi pentas utama bersama Nur Asia Uno, Isteri dari Menteri Pariwisata dan Ekonomi Kreatif

Selain Malaysia, Singapura dan Brunei; Eskayvie kini terus unggul dalam melebarkan jenamanya ke Asia Tenggara melalui Eskayvie Global Indonesia yang semakin mendapat tempat di pasaran Indonesia.

KARTIKA Wati dan Nur Asia Uno di pentas utama World Islamic Entrepreneur Summit
(WIES) 2023
ESKAYVIE menerima penghargaan khas dari Sandiaga Uno, Menteri Pariwisata dan
Ekonomi Kreatif Indonesia di Gala Dinner, World Islamic Entrepreneur Summit 2023

Untuk maklumat lanjut mengenai peluang menjadi usahawan Eskayvie Nexus dan  menjana pendapatan lima hingga enam angka secara konsisten setiap bulan, layari www.eskayvienexus.my atau hubungi 03-55111050

Atau layari www.eskayvie.com,

FB PAGE: Eskayvie Malaysia http://facebook.com/eskayviemalaysiaofficialhq  atau Instagram: https://instagram.com/eskayviemalaysia_?igshid=MzRlODBiNWFlZA==

 

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas