Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Berita

Seramai 640,136 pencarum aktif SKSPS

- Diterbit 26 Jun 2024 10:34 AM MYT

KEMENTERIAN Sumber Manusia (KESUMA) menyatakan berdasarkan statistik Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bilangan pencarum bagi Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) sejak dilancarkan pada tahun 2017 sehingga 31 Dis 2023 adalah seramai 992,164 orang.

Menurut KESUMA, daripada jumlah tersebut, seramai 640,136 adalah pencarum aktif bagi tahun 2024 (Januari-Jun 2024).

Tambahnya, KESUMA dan PERKESO sentiasa berusaha memastikan orang bekerja sendiri (OBS) termasuk mereka yang bekerja di kawasan luar bandar dilindungi di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).

“Antara inisiatif yang dilaksanakan ialah Melaksanakan Program Pemimpin Masyarakat dan SERANTA; Kerjasama strategik dengan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

“Selain itu, Kerjasama strategik dengan GRAB Malaysia; Kerjasama strategik dengan Kementerian Pengangkutan (MOT) seperti Pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333); dan Melaksanakan inisiatif Geran Padanan Caruman,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, semalam.

KESUMA menjawab soalan Wan Razali Wan Nor (PN-Kuantan) yang meminta KESEUMA menyatakan bilangan pencarum bagi SKSPS sejak dilancarkan dan usaha meningkatkan bilangan pencarum. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas