Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Berita

“Sepatutnya saya menjalani pembedahan…” – Azharina hidap kanser

- Diterbit 26 Jun 2024 8:13 PM MYT

MENGHIDAP kanser bukanlah alasan penyanyi popular Azharina Azhar,39, untuk terus berfikir positif dan meneruskan kerjayanya.

 

Walaupun tidak berkongsi jenis kanser yang dihidapinya, Azharina berkata, dia sepatutnya menjalani pembedahan dalam masa terdekat.

 

“Saya didiagnos kanser tetapi belum boleh dikongsi kerana masih menunggu keputusan yang tepat dalam tempoh dua minggu lagi.

 

“Sepatutnya saya menjalani pembedahan pada minggu hadapan tetapi terpaksa ditangguhkan kerana ada beberapa kerja yang perlu dilunaskan.

 

“Pembedahan itu terpaksa dilakukan atas nasihat doktor akibat masalah kesihatan kerana saya suka makan.

 

“Saya kena ubah cara makan, ramai artis yang buat bariatrik dan ia memang membantu mereka,” katanya kepada Wilayahku.

 

Azharina ditemui hari ini di majlis pelancaran single terbaharunya berjudul Realiti duet bersama Kozae di Kedey Kamek, Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur.

 

Tambah Azharina lagi, salah satu sebab dia memilih menangguhkan pembedahannya kerana memerlukan masa untuk sembuh.

 

Katanya, kedua-dua pembedahan itu memerlukan masa untuk sembuh.

 

Justeru, dia memerlukan cukup masa untuk membuat persediaan serta mencari pekerja yang boleh dipercayai untuk menguruskan perniagaanya.

 

Dalam pada itu Azharina turut mendedahkan dia juga menghidap penyakit kencing manis sejak dua tahun lalu.

 

“Saya juga insan biasa, kalau sakit tentulah  menangis. Biasanya saya akan dengar lagu-lagu galau untuk redakan perasaan.

 

“Saya kena tempuh ujian ini walaupun perit dan menyakitkan,” katanya.

 

Terdahulu, penyanyi itu pertama kali mendedahkan penyakit dihidapi ketika menjadi tetamu undangan untuk program No Filter bersama pengacara Elly Mazlein.

 

Menurut Azharina, dia mengalami pendarahan teruk ksewaktu menyertai program All Stars Gegar Vaganza (GV10) pada September 2023.

 

Walaupun tidak mendedahkan secara khusus, namun doktor yang merawatnya ada menasihatikan agar dia menjalani pembedahan dan rawatan kimoterapi. – WILAYAHKU

 

 

 

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas