Labuan

Senja Nan Merah di Labuan

{"source_type":"hypic","data":{"product":"retouch","activityName":"","infoStickerId":"","imageEffectId":"","playId":"","os":"ios","pictureId":"23F5D7FF-9C39-47BF-9D9D-7F8D08244FE4","stickerId":"","appversion":"4.6.1","filterId":""},"tiktok_developers_3p_anchor_params":"{"client_key":"awgvo7gzpeas2ho6","filter_id":[],"template_id":""}"}
- Diterbit 13 September 2024 3:12 PM MYT

LABUAN cukup terkenal sebagai destinasi pelancongan yang mempunyai pakej lengkap untuk dijadikan sebagai pilihan pelancong dalam mahupun luar negara.

Selain keunikan warisan‚ budaya dan makanan‚ pulau bebas cukai itu memiliki keindahan alam semula jadi yang masih terpelihara.

Terletak kira-kira 10 kilometer (km) dari pantai barat Sabah‚ pulau ini  terkenal sebagai destinasi aktiviti selam skuba.

Menariknya‚ pulau mutiara ini juga mempunyai beberapa lokasi indah bagi pelancong menikmati pemandangan matahari terbenam.

Bagi peminat landskap fotografi‚ lokasi menakjubkan ini memberi kepuasan kepada jurufoto mendapatkan hasil gambar yang memukau.

Antara lokasi yang menjadi tumpuan adalah Pulau Rusukan Besar‚ Kampung Layang-Layangan‚ Panchur Hitam‚ Pantai Layang-Layangan‚ Labuan Victoria Water dan banyak lagi. – WILAYAHKU

Lensa:

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas