Berita

Semaikan kesedaran pencegahan jenayah

- Diterbit 6 Oktober 2024 3:01 PM MYT

SEMAIKAN dalam diri, keluarga dan masyarakat untuk mempunyai kesedaran pencegahan jenayah serta tanggungjawab bersama adalah amat penting, kata Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin.

Azman berkata sebagai Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Kuala Lumpur, beliau sempat berkongsi tentang situasi jenayah masa kini.

Menurutnya jenayah masa kini menjadi bertambah kompleks dengan pelbagai isu dan masalah sosial semasa.

“Alhamdulillah petang semalam diberi peluang menghadiri sesi perasmian penutup bagi program anjuran MCPF Kuala Lumpur di Komune Living & Wellness di Bandar Tun Razak.

“Kita sebagai sebuah komuniti yang tinggal bersama-sama (perlu) sentiasa prihatin antara satu sama lain,” katanya di Facebook.

Turut hadir pada majlis itu, Komisioner Polis Datuk Rusdi Mohd Isa; Ketua Polis Kuala Lumpur, Asyqoh Yusof; Pengurus Kawasan Pejabat Cawangan Bandar Tun Razak; Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan rakan-rakan MCPF Kuala Lumpur. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas