Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Berita

Semai perpaduan rakyat

- Diterbit 21 Jun 2024 3:50 PM MYT

PERPADUAN merupakan asas kekuatan masyarakat bagi mencapai kestabilan negara dan dilihat menjadi pemangkin kepada kesejahteraan dan keharmonian.

Menurut Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan (PL) Simsudin Sidek, penganjuran Karnival Kita Madani 2024 menjadi landasan terbaik dalam memperkukuhkan perpaduan dan kesejahteraan dalam kalangan masyarakat.

Katanya, penganjuran program sedemikian bertepatan dengan aspirasi memupuk semangat perpaduan dalam usaha bersama-sama berganding bahu memajukan pulau ini.

“Kita merupakan satu keluarga besar berkongsi satu negara untuk bersama sama membina sebuah masyarakat yang progresif, inklusif dan harmoni.

“Walaupun kita berbeza dari segi latar belakang aliran politik, budaya dan kepercayaan, namun dengan adanya penganjuran seperti ini ia mampu mengeratkan lagi silaturahim serta mampu membina masyarakat yang harmoni,” katanya semasa Program Karnival Kita Madani 2024 baru-baru ini.

Turut hadir Pengarah Jabatan Penerangan (JaPen) Labuan, Azman Sipan.

Pada penganjuran itu, pelbagai pengisian turut diadakan antaranya pemeriksaan kesihatan, derma darah, taklimat isu semasa, pertandingan mewarna pelajar sekolah, pameran daripada pelbagai agensi dan jabatan kerajaan serta penyerahan dekoder MyTV. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas