SELEPAS dua pelakon popular Nora Danish dan Tiz Zakiah disahkan positif COVID-19, pelakon Nabila Huda pula mengesahkan dirinya positif COVID-19.
Dalam masa yang sama, pelakon filem Munafik 2 Dan Wangi ini meluahkan rasa kecewanya terhadap individu yang tidak bersikap serius terhadap pandemik yang sedang melanda negara.
Nabila meluahkan rasa kecewanya terhadap individu tersebut menerusi instagram story miliknya.

“Kalau tiada sebab nak keluar, duduk rumah diam-diam. Disebabkan degil, orang yang tidak bersalah menjadi mangsa.
“Kesakitan yang datang berpunca dari kepentingan dan kecuaian orang lain ini dipanggil teraniaya. Kesakitan yang ditanggung kerana kedegilan serta kepentingan orang lain adalah kesakitan yang amat menyakitkan.
“Seterusnya, kerana nafsu dan keseronokan, orang yang tidak bersalah menjadi mangsa,” katanya dengan nada kesal. – WILAYAHKU