Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Selebriti

Selepas menang pingat Olimpik dalam bidang seni, Ali Nurazmal mahu bawa karya seni di mata dunia

- Diterbit 27 Jun 2024 1:09 PM MYT

PELUKIS ikonik yang pernah memenangi pingat Olimpik dalam bidang seni, Ali Nurazmal Yusoff terus komited dalam usaha menaikkan taraf nilai seni dan kesedarannya dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Menurutnya, seni lukisan ini sebenarnya satu industri yang cukup besar di luar negara dengan pasaran ekonomi yang begitu meluas.

“Memetik Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Abdul Aziz, pelaburan melibatkan seni sebegini bukan sahaja melibatkan jutaan ringgit, tetapi sehingga berbilion.

“Cuma di Malaysia kita masih dałam proses untuk mencapai seperti di negara lain. Apapun kita sentiasa cuba menaikkan value serta mengangkat karya seni kita di mata dunia,” katanya.

Ali Nurazmal ditemui pada pameran seni kontemporari yang bertemakan ARTCONOMICS yang sedang berlangsung sehingga 2 Julai di Galeri Seni Universiti Malaya (UM).

Pameran itu anjuran Persatuan Ekonomi Universiti Malaya (PEKUMA) dengan kerjasama Galeri Seni UM bertujuan meningkatkan kesedaran pelajar mengenai peranan ekspresi artistik dalam fabrik dinamik ekonomi serta mengenali secara dekat hubungan dinamik antara seni dan ekonomi.

PELUKIS hebat, Ali Nurazmal mahu mengangkat karya seni tempatan di mata dunia,
ARTCONOMICS turut mempamerkan 43 keping karya terbaik Ali Nurazmal Yusoff sejak tahun 1990-an hingga kini.

Idea projek ini diinspirasikan oleh artikel Tengku Datuk Seri Zafrul ketika beliau menjawat jawatan Menteri Kewangan pada tahun 2021 yang turut merasmikan pameran berkenaan.

ARTCONOMICS turut mempamerkan 43 keping karya terbaik Ali Nurazmal Yusoff sejak tahun 1990-an hingga kini yang juga merupakan pameran solo ke-8 buat pelukis berkenaan.

Selain itu, forum bertemakan ‘Relevansi antara Seni & Ekonomi’ akan diadakan bagi membuka ruang diskusi akademik dan intelektual. – WILAYAHKU

 

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas