Berita

Selepas di tegur, portal sunting semula artikel berkaitan Menteri Wilayah Persekutuan

ARTIKEL Worldofbuzz yang mengandungi fakta tidak tepat terhadap Menteri Wilayah Persekutuan, TPr Annuar Musa disunting semula selepas ditegur
- Diterbit 20 Mei 2021 10:55 AM MYT

PORTAL berita atas talian, Worldofbuzz.com telah membuat pembetulan dan menyunting semula artikel yang mengandungi fakta tidak tepat terhadap Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri TPr Annuar Musa.

Setiausaha Akhbarnya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz berkata, artikel baharu yang bertajuk “Malaysians Accuse Annuar Musa Of Breaching SOPs For ‘Birthday Celebration’, But Is It True?” telah digunakan bagi menggantikan artikel lama, “Only ministers can do this” Annuar Musa Accused Of Breaching SOPs Again For Birthday Celebration” yang disiarkan mereka sebelum ini.

“Walaupun artikel ini telah disunting semula, namun berdasarkan komen-komen pembaca yang diterima oleh Worldofbuzz, jelas kerosakan telah berlaku akibat fitnah yang disiarkan ini.

“Diharapkan Worldofbuzz dan pihak-pihak lain lebih berhati-hati apabila mengambil berita dari sumber-sumber yang diragui dan mempunyai isu kredibiliti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tun Faisal turut mengucapkan terima kasih kepada pportal berkenaan kerana telah menyunting semula artikel.

“Semoga lebih berhati-hati di masa hadapan dan diharapkan pembetulan ini dapat menghilangkan salah tanggapan terhadap Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa,” katanya.

Terdahulu, sebuah portal atas talian pro pembangkang, Malaysia Dateline turut menerbitkan berita berbaur fitnah terhadap Annuar, namun pihak editor portal berkenaan telah menurunkan berita berkenaan dan memohon maaf kepada Annuar.-WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas