Berita

Sekurang-kurangnya 3 maut, 4 cedera dalam insiden tembak di pusat beli-belah di Bangkok

- Diterbit 4 Oktober 2023 3:00 AM MYT

SEKURANG-KURANGNYA tiga maut dan empat lagi cedera dalam insiden tembakan di Siam Paragon Mall di Bangkok pada Selasa.

Pengarah Pusat Perubatan Kecemasan Bangkok (Pusat Erawan), Dr Yutthana Setthanan, mengesahkan bahawa mangsa yang cedera sedang dirawat di hospital tempatan.

Menurut laporan media tempatan, pihak berkuasa telah menahan seorang suspek berusia 14 tahun.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 4.20 petang (waktu tempatan), menyebabkan ratusan pengunjung pusat beli-belah itu ketakutan dan melarikan diri.

Bangkok Post melaporkan, unit tindakan khas polis berjaya mengesan suspek.

Polis berjaya mengepung suspek di kawasan dekat dengan Hotel Siam Kempinski kira-kira pukul 5.10 petang, sebelum suspek menyerah diri. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas