Berita

Sekarang waktu perkasakan parti – Azman Abidin

- Diterbit 14 Oktober 2024 3:46 PM MYT

SETIAUSAHA Politik Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin berkata masa ini bukanlah waktu untuk PKR berehat tetapi sebaliknya terus berkerja memperkasakan parti itu.

Beliau berkata ahli parti tidak boleh merasa selesa dan sebaliknya perlu terus berkerja lebih gigih turun padang serta menyantuni rakyat.

Azman turut mengimbau sejarah pembinaan PKR sejak tahun 90-an yang telah melalui pelbagai dugaan perit-getir perjalanan yang panjang.

Katanya, sehingga saat ini PKR telah bertapak dengan cukup kukuh di arena politik negara ini sebagai parti pemerintah negara.

“Sementelahan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah berjaya mengangkat ekonomi Malaysia ke arah lebih baik.

“Kita haruslah menjadi suara kepada kejayaan Perdana Menteri bagi menyebarkan kejayaan dan mematahkan segala fitnah-fitnah jahat,” katanya di Facebook.

Beliau berkata demikian selepas hadir ke Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) Petaling Jaya 2024 di Dewan Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Petaling Jaya, Selangor semalam.

Turut hadir Ketua Cabang Petaling Jaya Hee Loy Sian, Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung dan Adun Bukit Gasing Rajiv Rishyakaran. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas