Oleh SHUAIB AYOB
KITA sering disajikan dengan berita penganiayaan yang dilakukan terhadap haiwan antaranya kucing jalanan. Sejauh mana sikap empati dan kemanusiaan yang ada dalam diri sehingga ada yang sanggup menganiaya haiwan yang tidak berdosa.
Menyedari hal itu‚ pelbagai pihak tampil untuk memberi perlindungan kepada kucing liar atau terbiar antaranya dengan penubuhan Laman Kucing DBKL yang terletak di Jalan Budiman‚ Bandar Tun Razak.
Antara fungsi penubuhannya adalah mewujudkan masyarakat yang prihatin terhadap kebajikan haiwan kesayangan serta usaha menangani isu berkaitan.
Selain itu, Karnival Kucing Madani yang diadakan di Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)‚ Cheras baru-baru ini juga sarat dengan info tentang haiwan ini yang sepatutnya menjadi kesayangan semua.
Lensa Wilayahku merakam dua program berbeza namun membawa maksud yang sama iaitu memupuk kesedaran tentang si bulus. – WILAYAHKU
Lensa: