PELAKON Kamal Adli menafikan sudah memfailkan perceraian dengan isterinya yang juga pelakon Uqasaha Senrose.
Kata pelakon filem Lahad Datu itu, dia tidak pernah tahu di mana mahkamah syariah terletak, jadi dakwaan sudah memfailkan perceraian adalah sesuatu yang mustahil.
Malah Ahmad Kamal Ahmad Adli, 38, juga berkata masih menyayangi isteri serta anaknya.
“Saya pun tidak tahu di mana mahkamah syariah. Doakan saja yang baik-baik. Tak mungkin saya sampai ke tahap ituMustahil untuk saya sampai ke tahap itu.
“Kalau ada apa-apa yang terjadi atau sebelum ia berlaku, saya akan fikir masak-masak dahulu.
“Insya- Allah, ia (perceraian) takka berlaku sebab saya sayangkan anak dan isteri saya,” katanya ketika ditemui di majlis Pelancaran Unifi TV Originals Ramadan Raya 2025 yang berlangsung di Boathouse By The Lake, Ampang, Kuala Lumpur, pada Isnin.
Kamal juga menegaskan dia akan mempertimbangkan setiap tindak tanduk dengan matang terutama dalam urusan rumah tangga..
Baginya, sebagai seorang lelaki, dia bertanggungjawab untuk berdepan dengan apa jua situasi dan tidak akan membiarkan isterinya menangani perkara itu sendirian.
Kamal pada masa sama mengakui terganggu apabila orang ramai mula bertanyakan keadaan rumah tangganya, sehinggakan ibu dan keluarga Uqasha turut bertanya sama ada mereka menghadapi masalah atau tidak.
Namun, dia menegaskan hubungan mereka baik-baik sahaja, cuma masing-masing sibuk dengan kerja.
Kini, mereka hanya mahu memberikan sepenuh perhatian kepada anak tunggal mereka, Hawra.
“Terganggu juga sebenarnya sebab ramai orang bertanya, sampai mak saya dan keluarga Uqasha pun turut bertanya adakah kami bermasalah.
“Jawapan kami tetap sama, kami tidak ada masalah. Cuma sibuk dengan kerja dan sekarang ini kami mahu menumpukan perhatian untuk menjaga Hawra,” jelasnya.
Terdahulu, nama Kamal Adli dan Uqasha Senrose menjadi bualan apabila dikatakan menghadapi masalah rumah tangga.
Pasangan ini bernikah pada 5 November 2021 dan dikurniakan cahaya mata, Hawra Uqaira.-WILAYAHKU