PELAWAK Shuib Sepahtu meluahkan rasa syukurnya apabila siasatan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) terhadapnya selesai semalam.
Suami kepada penyanyi Siti Sarah Raissuddin ini jugak berterima kasih kepada pihak SPRM kerana melayannya dengan baik sepanjang proses siasatan.
“Alhamdulillah. Syukur. Terima kasih kepada semua yang mendoakan saya dan isteri.
“Saya dipanggil untuk membantu siasatan SPRM berkenaan Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA) 2001 dan terima kasih kepada pihak SPRM kerana memberi layanan yang sangat baik kepada saya sepanjang 23 jam siasatan.
“Saya anggap ini satu cabaran dan dugaan dalam bisnes. Doakan perniagaan BubbleBee kami terus maju dan memberi manfaat pada semua orang.
“U pray for the rain. U have to deal with the mud also,” tulisnya di instagram miliknya.

Pada Khamis lalu, Shuib yang ditemani Sarah dipanggil SPRM untuk membantu siasatan yang sedang dijalankan.
Semoga segala urusan Shuib dan Sarah terus dipermudahkan. – WILAYAHKU