Berita

Sasar turunkan kadar obesiti kepada 50 peratus pada hujung tahun, Zaliha mulakan dari agensi

Gambar hiasan
- Diterbit 13 April 2025 5:45 PM MYT

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Zaliha Mustafa mensasarkan untuk menurunkan kadar obesiti kebangsaan daripada 54.4 peratus kepada 50 peratus sehingga hujung tahun ini.

Katanya bagi mencapai sasaran berkenaan, pihaknya menyahut cabaran 10,000 langkah seperti disarankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi inisiatif Putrajaya Sihat Sejahtera (PSS).

Sebagai langkah permulaan, aktiviti sihat itu akan dimulakan di agensi kerajaan khususnya Perbadanan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan amnya.

“Kita akan bantu dari sudut penurunan kadar obesiti dan itu memang menjadi KPI kami. Insyalllah kita akan capai sasaran penurunan dari 54.4 peratus kepada 50 peratus sehingga hujung tahun ini.

“Banyak lagi perkara lain yang kita akan bantu KKM untuk menterjemahkan Bandar Sihat di Wilayah Persekutuan dan Putrajaya.

“Inisiatif PSS juga amat bertepatan dengan visi Wilayah Persekutuan untuk kedepankan Chase City iaitu singkatan kepada Bandar Bersih, Bandar Sihat, Bandar Maju, Bandar Selamat dan Bandar Mesra Alam,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Sambutan Wold Physical Activity Day (WOPAD) Peringkat Kebangsaan 2025 bersempena dengan Car Free Day Putrajaya.

Menurutnya lagi, insiaitif menjadikan negara kita sebagai Bandar Sihat nampaknya maklum balas postitif daripada kementerian lain.

“Di antara program yang sudah diadakan ialah Putrajaya Car Free Day bertepatan dengan bandar mesra alam.

“Kita juga akan selarikan pelbagai program sihat bersama kementerian lain setiap bulan bagi menuju sasaran Bandar Sihat seperti mana hari ini di mana KKM menyambut WPOD.

“Kita rasa sangat bangga dab berterima kasih dan sangat berbangga apabila KKM menjadikan Putrajaya sebagai rakan strategik,” katanya.

WoPAD disambut pada 6 April setiap tahun sejak 2002 di peringkat global dan inisiatif itu disokong Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Tema tahun ini, “Have A Good Time! Be Active” menekankan kepentingan aspek keseronokan dalam aktiviti fizikal untuk kekal aktif dan memperoleh manfaat kesihatan secara berterusan.

Sambutan hari ini turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti Syawal Fun Walk yang menerima lebih 3,000 penyertaan, Aerofithon Syawal, permainan tradisional, cabaran kecergasan. saringan kesihatan, pemeriksaan mata dan mulut, serta aktivit interakat di Laman Eksplorasi.-WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas