UNIVERSITI Malaya (UM) bertindak menutup secara serta-merta dua premis jualan runcit 24 jam berikutan dakwaan berkenaan penemuan produk pek sandwich diragui status halal.
Dalam kenyataan media, UM menegaskan bahawa hal demikian kerana produk berkenaan memaparkan label ‘sandwich ham & cheese’ serta keraguan terhadap penggunaan logo halal bagi produk tersebut yang didapati di gedung berkenaan.
“Arahan penutupan tersebut dikeluarkan bagi memberi ruang agar siasatan yang dilaksanakan untuk mengesahkan dakwaan tersebut tidak terganggu,” katanya.
Jelas UM, premis berkenaan akan ditutup sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
“Universiti Malaya sentiasa memastikan bahawa produk yang terjual dalam kampus adalah daripada pembekal yang mematuhi undang-undang, piawaian, peraturan dan prosedur yang dikenakan,” tegasnya. – WILAYAHKU