Berita

RUU wajibkan pendidikan sekolah menengah dibentang di Dewan Rakyat Februari ini

Foto: Afiq Johari (TVS)
- Diterbit 13 Januari 2025 12:04 PM MYT

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) dijangka akan membentangkan dasar mewajibkan pendidikan sekolah menengah di Dewan Rakyat pada Februari.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata langkah itu diharap dapat menangani masalah keciciran di sekolah menengah.

“Untuk sesi Parlimen akan datang satu lagi inisiatif KPM adalah untuk angkat dasar pendidikan wajib sekolah menengah.

“Kita harap ini semua adalah langkah yang dapat kita laksanakan sebaik mungkin bagi atasi isu kehadiran, keciciran dan peningkatan kualiti pendidikan dalam negara,” katanya.

Beliau berkata pada sidang medianya selepas hadir Majlis Penyerahan Cek Cura Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Tahun 2025 di Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan.

Mengulas lanjut, Fadhlina meminta semua pihak memberi KPM masa sehingga 6 Februari ini bagi membuat kesimpulan berhubung isu pelajar gagal hadir kertas Bahasa Melayu dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024.

Menurutnya angka itu tidak matang dan telah digembar-gembur walaupun peperiksaan SPM masih belum tamat lagi. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas