RANG Undang-undang (RUU) Majlis Media Malaysia dibentang kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.
RUU itu dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching.
Menurut Teo bacaan kedua RUU itu dijangka akan dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat akan datang.
“Saya memohon mengemukakan RUU Majlis Media Malaysia 2024.
“Bacaan kali kedua pada mesyuarat akan datang,” katanya di Dewan Rakyat.
Penubuhan Majlis Media Malaysia adalah bagi membangun dan melaksanakan kod etika pelaporan yang dapat memperkasakan profesion kewartawanan serta memastikan pelaporan berita dilakukan oleh media secara bertanggungjawab.
Ia turut berfungsi menggalakkan komunikasi antara pengamal media, kerajaan, dan orang awam selain menyokong pembangunan profesional wartawan serta organisasi media. – WILAYAHKU