Berita

Rusia puji Malaysia berkecuali dalam isu Ukraine

Kredit: AFIQ HAMBALI/Pejabat Perdana Menteri
- Diterbit 29 Julai 2024 4:00 PM MYT

RUSIA memuji pendirian Malaysia yang tidak berpihak terhadap konflik Ukraine, kata Menteri Luar Sergey Lavrov pada Ahad.

“Kami bercakap tentang Ukraine. Kami berterima kasih kepada rakan-rakan Malaysia mengenai kedudukan dan objektif mereka, hasil daripada pemahaman punca krisis ini yang telah berkembang akibat tindakan Barat untuk menarik Ukraine ke dalam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan mengubahnya,” kata Lavrov pada sidang media selepas lawatannya ke Malaysia, lapor Sputnik.

Lavrov juga berkata beliau menjemput rakan sejawatannya, Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan untuk melakukan lawatan ke Rusia dan menjangkakan untuk meneruskan perbincangan pada masa hadapan. – BERNAMA-SPUTNIK

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas