RUNDINGAN Pemimpin Tahunan ke-25 Malaysia dan Brunei di Istana Nurul Iman hari ini berjaya meningkatkan hubungan kerjasama antara kedua-dua negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata dalam usaha meneruskan hubungan baik antara Malaysia dan Brunei, kerajaan tidak boleh menafikan peranan pemimpin terdahulu dalam mengekalkan hubungan itu.
“Ada dua aspek, satu kita bertekad untuk tingkatkan hubungan itu dalam semua bidang yang mungkin, dan kedua kita ada juga pendekatan yang agak berganjak daripada pendekatan dahulu, kita minta hubungan langsung dalam beberapa aspek walaupun tertakluk kepada keputusan muktamad (Kerajaan) Persekutuan, antaranya hubungan langsung di antara Brunei, Sabah dan Sarawak.
“Ini pendekatan praktikal kerana di sempadan juga, (ada) keperluan ditingkatkan hubungan pengangkutan dan pelancongan, (agar ia) boleh dimanfaatkan oleh Brunei dan Malaysia,” katanya pada sidang media di sini hari ini. – BERNAMA