RUMAH pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta, 51, yang terletak di Kota Damansara diserbu wakil Majlis Amanah Rakyat (MARA) pagi tadi.
Serbuan itu dilakukan kerana kegagalan pelakon Kiah Pekasam itu membayar hutang pinjaman daripada agensi berkenaan yang difahamkan berjumlah hampir RM1 juta.
Bagaimanapun sewaktu serbuan dilakukan , hanya ibu pelakon itu saja berada di rumah.
Tinjaun ke akaun instagram milik Che Ta mendapati pelakon itu dilihat memuat naik foto hidangan makan tengahari seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.
“Diet…aderr..” tulis pelakon itu pada gambar yang dimuat naik di Instagram Story nya. – WILAYAHKU