Pengarah Media dan Komunikasi Strategik di Pejabat Perdana Menteri (PMO), Rozaid Abdul Rahman dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Putra Heights, Subang Jaya, petang tadi.
Berita kematian itu disahkan Pejabat Perdana Menteri (PMO) sebentar tadi.
Menurut PMO, bekas Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian itu difahamkan meninggal dunia kerana masalah jantung.
“Allahyarham sebelum ini telah menerima rawatan di Hospital Serdang sejak 1 Julai lalu dan telah dibenarkan keluar dari hospital pada 6 Ogos lalu.
“Pihak Pejabat Perdana Menteri mendoakan agar keluarganya diberi kekuatan dan ketabahan, dan diampunkan segala dosa Almarhum serta diberi tempat istimewa di sisi-Nya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – WILAYAHKU.