KEHADIRAN restoran makanan segera yang diibaratkan seperti cendawan tumbuh selepas hujan memberi inspirasi kepada pengusaha gerai mahupun restoran menampilkan menu menarik.
Terkesan dengan menu di restoran segera kegemarannya, Muhammad Shazwan Shamsuddin, 27 memperkenalkan sosej yang diberi nama Sober Bites di mana Sober adalah singkatan daripada Sausage On Bun Exquisite Recipe_.
Menampilkan enam variasi menu yang diilhamkan khas buat masyarakat Asia khususnya rakyat Malaysia, menariknya Sober Bites menggunakan artisanal sosej yang diproses sendiri di mana bahan-bahannya terdiri daripada bahan yang segar dan berkualiti tinggi.

Berkongsi mengenai menu, Shazwan berkata setiap daripadanya mempunyai rasa yang unik dan sering menjadi buruan pelanggan tetap mereka.
“Antara menu yang mendapat permintaan tinggi adalah streaky, cheesy dan padkrapao. Padkrapao diinspirasikan daripada resipi popular di Thailand di mana ia diperbuat daripada ayam cincang, rempah dan campuran daun basil atau dikenali dengan nama daun selasih.”
“Gabungan Padkrapao dan sosej Sober Bites menjadikannya menu yang lazat selain menimbulkan rasa pedas dan manis yang sangat membuka selera sesiapa sahaja.
“Di Malaysia, masyarakat tidak lari dengan juadah makanan berdaging atau keju, oleh sebab itu kita tampilkan menu streaky beef dan cheesy yang sesuai dinikmati oleh semua lapisan umur.

Bercerita lanjut, Shazwan berkata, Sober Bites menggunakan sarung sosej semulajadi daripada usus kambing yang kemudiannya diisi dengan daging kambing, lembu atau ayam bersama beberapa rempah untuk menambahkan rasa lemak, juicy dan mengekalkan rasa daging sosej tersebut.
“Sungguhpun begitu, kami sering berdepan cabaran apabila mendapat sosej yang tidak sama saiz bergantung kepada sarung sosej yang diterima.
“Walau bagaimanapun, kita ambil pendekatan menjelaskan kepada pelanggan melalui platform media sosial atau secara bersemuka apabila mereka datang ke kedai untuk membeli. Alhamdulillah mereka memahami,” ujarnya yang sering berinteraksi bersama pelanggan di aplikasi TikTok.
Menurutnya jaminan kualiti pada setiap menu yang ditawarkan menjadi keutamaan untuk terus bertahan dalam mengembangkan perniagaan.
“Bagi kami kepuasan pelanggan adalah keutamaan dan kunci kejayaan Sober Bites. Untuk menjaga perkara itu, kita sendiri buat eksperimen, walaupun tiga hari disimpan dalam peti sejuk atau makan sedikit lewat dan panaskan semula ia masih elok,” katanya yang menggunakan roti artisanal yang lembut dan boleh bertahan sehingga empat hari selain rasanya bersusu dan manis.

Harga mahal tetapi berbaloi
TIDAK dinafikan, setiap perniagaan pasti ada cabaran. Sober Bites sering mendapat pertanyaan daripada pelanggan berkenaan harga yang dikenakan agak mahal.
Walau bagaimanapun Shazwan berkata, dia mengganggap perkara tersebut sebagai cabaran yang perlu dihadapi dan sama sekali tidak pernah melatah.
“Dari segi harga, pelanggan perlu tahu kenapa harga sedemikian ditetapkan kerana kami menggunakan bahan-bahan gourmet dan premium untuk sosej dan menu kami di mana kos bahan-bahan mentah yang digunakan agak mahal. Sosej kami juga di dimasak secara panggang (grill) daripada mentah di mana ia tidak direbus atau kukus terlebih dahulu *supaya ianya tidak cepat kering, tahan lama dan lebih juicy *disamping mengekalkan keenakan rasa sosej tersebut.
“Jadi itulah antara faktor kenapa harganya sedikit mahal berbanding sosej biasa yang boleh didapati di pasaraya. Sekiranya pelanggan ingin mengetahui info lebih lanjut tentang Sober Bites, boleh mendapatkannya di media sosial kami,” katanya. – WILAYAHKU
Info Sober Bites
Alamat: Jalan Setiawangsa 11A, Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur (berdekatan Petronas / Taco Bell Setiawangsa)
Waktu Operasi: Selasa hingga Ahad (4 petang hingga 11 malam)
Hubungi untuk pesanan:
Whatsapp: 012-680 6493
Telefon: 014-261 2937
Media sosial (Facebook/Instagram/Tiktok): @Soberbites
Menu: Original, Sambal, Eggy, Cheesy, Streaky dan Padkrapao
Harga: RM9 hingga RM17 (mengikut jenis sosej ayam, daging lembu atau kambing)