SEBANYAK 17 jenis bantuan pendidikan terus disediakan dengan peruntukan sebanyak RM5.3 billion ringgit. Ini termasuk bantuan makanan asrama bernilai RM2 billion, Rancangan Makanan Tambahan (RMT) sebanyak RM870 juta lebih tinggi berbanding RM748 juta.
RMT bakal memanfaat lebih 860,000 murid dan peluang diberikan kepada pembekal sajian makanan oleh syarikat di daerah. Selain itu, hampir RM 800 juta ringgit Bantual Awal Persekolahan disediakan kepada 5.2 juta murid tahun 1 hingga tingkatan 5 tanpa mengira pendapatan ibu bapa.
Selain itu, Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin ditingkatkan kepada 180 juta ringgit ketimbang 150 juta ringgit tahun ini.
Bagi meningkatkan akses pendidikan pelajar dari keluarga susah, kerajaan bersetuju bayaran gaji atau upah kepada tenaga pengajar oleh institusi dan organisasi dengan objektif pendidikan yang diluluskan di bawah subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 dibenarkan sebagai perbelanjaan kebajikan. – WILAYAHKU