Berita

Retreat Malaysia Madani 2024 rapat hubungan pemimpin, masyarakat

- Diterbit 19 Oktober 2024 9:05 PM MYT

SERAMAI  100 orang menyertai Retreat Malaysia Madani 2024 yang diadakan di Bertam Resort, Kepala Batas, Pulau Pinang.

Menurut Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin berkata Retreat Malaysia Madani 2024 diharap akan merapatkan lagi hubungan antara pemimpin dengan masyarakat.

“Retreat ini telah diadakan selama tiga hari dua malam yang turut disertai oleh beberapa agensi lain seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Akademi Kenegaraan,” katanya.

Beliau berkata penyertaan terbesar di retreat ini terdiri daripada Majlis Perwakilan Penduduk Parlimen Bandar Tun Razak dan juga Komuniti Madani.

“Penganjuran utama adalah hasil usaha bersama Majlis Perwakilan Penduduk Parlimen Bandar Tun Razak dan Pejabat Parlimen Bandar Tun Razak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Retreat Malaysia Madani 2024.

Dalam pada itu, Azman berkata aktiviti pertama yang dijalankan adalah berkenaan dengan kepimpinan, pembentunan kumpulan, kerjasama, kreativiti dan memupuk keyakinan diri semua peserta.

Beliau berkata kursus itu telah diuruskan oleh pihak Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) yang berpengalaman luas dalam bidang pengurusan dan ‘consultant’.

“Jalankan tanggungjawab dengan penuh amanah tanpa mengira agama, bangsa dan warna kulit,” katanya.

Azman turut meminta menjadikan kepimpinan isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak sebagai rujukan dan contoh.

Beliau berkata Wan Azizah tidak pernah berasa penat dan tetap tersenyum dalam usaha membantu rakyat di kawasannya.

“Tahniah kepada semua peserta. Diharapkan tiada lagi masyarakat di Parlimen Bandar Tun Razak terpinggir dari segala bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan,” katanya. –WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas