Berita

Remaja perempuan hilang ditemukan selamat di Cheras

- Diterbit 7 Januari 2025 11:08 AM MYT

REMAJA perempuan berusia 17 tahun yang dilaporkan hilang sejak 29 Disember lalu ditemukan dalam keadaan selamat pada kira-kira 11.15 malam semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Polis (ACP) Norhizam Bahaman berkata remaja berkenaan Nurul Fateha Nabila Mohd Zailani dijumpai di sebuah restoran di Batu 9, Cheras dan sepanjang kehilangan, remaja itu berada di rumah kawannya.

“Penemuan Nurul Fateha Nabila telah dimaklumkan kepada pengadu iaitu ibu saudaranya dan telah diserahkan kepada ibu bapa remaja itu dalam keadaan baik,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada 4 Januari lepas, media melaporkan polis sedang mengesan remaja itu susulan laporan yang dibuat oleh ibu saudaranya pada 31 Disember lepas.

Dilaporkan remaja itu menetap di Kampung Sungai Merab Luar, Kajang dan tinggal bersama pengadu sejak Februari tahun lepas.

Sebelum menghilangkan diri, remaja itu telah berkurung dalam bilik di rumahnya kerana berlaku perselisihan faham keluarga. – WILAYAHKU

[Iklan]

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas