
“PADA pandangan saya, pengurusan ekosistem wajar diperluaskan kerana ianya dapat mengurangkan masalah kebersihan dan pencemaran. Sistem ini perlu digunakan bukan sahaja di tasik Wetland tetapi di kawasan lain juga.”

“PENANAMAN pelbagai jenis pokok-pokok di sekeliling kawasan tasik Wetland adalah satu inisiatif yang terbaik untuk para pengunjung mendapatkan
kawasan yang segar, bersih, tidak tercemar serta lebih selesa untuk melakukan aktiviti riadah.”

“PEMBERSIHAN secara menyeluruh di kawasan tasik Wetland dengan penanaman pokok-pokok tumbuhan dilihat dapat membantu memulihkan pengurusan
ekosistem serta dapat menarik lebih banyak habitat haiwan seperti burung, serangga dan banyak lagi.”

“KEINDAHAN taman Wetland yang dihiasi dengan pelbagai jenis tumbuhan berfungsi sebagai penapis semulajadi yang pastinya dapat menghindarkan daripada sisa kotoran dan sampah sarap yang boleh mencemarkan kebersihan tasik.

DAHALAN, 23, Penolong Pegawai Tadbir
“TASIK pertama buatan manusia di Malaysia iaitu taman Wetland patut dijadikan contoh kepada tasik lain berikutan pengurusan ekosistem yang berjaya menghasilkan sebuah pusat rekreasi yang diselenggarakan dengan keindahan tumbuhan semulajadi pelbagai jenis habitat haiwan.

“UNTUK memelihara keindahan alam semula jadi, masyarakat perlu ada sifat tanggungjawab untuk menjaga kebersihan sekali gus menjadikan tasik sebagai sebuah tempat rekreasi yang bersih, segar dan mampu melahirkan komuniti yang sihat.”
– WILAYAHKU – HAZIRAH HALIM