
“Alhamdulillah, saya sangat berterima kasih kerana telah membantu kami sekeluarga ketika pandemik ini dengan memberi bantuan barang makan secukupnya dan diharapkan Menteri Wilayah Persekutuan dapat membantu lebih ramai penduduk di sini.”

“Saya sangat gembira dengan bantuan yang diberikan memandangkan saya sendiri sudah tidak bekerja dan masih bujang jadi bahan kering yang disumbangkan itu sangat memadai kerana selagi ada yang sudi memberi sumbangan itu sudah cukup gembira buat saya.”

“INI adalah kali pertama saya menerima bantuan dan sangat bersyukur kerana ia serba sedikit dapat meringankan beban keluarga serta dengan makanan kering yang diberikan ia sudah memadai dan cukup buat kami sekeluarga.” -WILAYAHKU