
“KITA tahu pandemik ini membataskan segala aktiviti pergerakan tetapi saya tidak melepaskan peluang untuk adakan elemen-elemen sukan pada program Hari Sukan Negara 2021 ini dan saya memang gembira bila dapat kembali bersukan.”

“INI merupakan hari sukan pertama yang pernah saya sertai jadi saya sangat teruja dan lebih bersemangat kerana dapat menjalankan program secara face-to-face bersama peserta-peserta yang hadir berbanding sebelum ini yang hanya diadakan secara atas talian.”

“SAYA berasa seronok dan teruja kerana sudah lama tidak bermain bola, apabila dapat mengeluarkan peluh, saya sangat gembira dan boleh lihat yang dunia sukan sudah kembali aktif seperti sebelum ini.”

“SEJUJURNYA sangat seronok bila sukan kembali naik kerana sebelum ini kita berada dalam pandemik yang membuatkan dunia sukan agak sunyi dan saya harap dengan Hari Sukan Negara 2021 akan membuatkan dunia sukan Malaysia lebih maju.”

“PROGRAM Hari Sukan Negara 2021 sangat meriah sebab dapat melakukan senamrobik ramai-ramai kerana di awal pandemik sebelum ini hanya mampu bersukan di rumah sahaja, jadi apabila sudah diberi kelonggaran untuk bersukan di luar, saya sangat teruja.”

“HARI Sukan Negara 2021 merupakan satu program yang memberikan impak besar di mana menekankan tentang kepentingan mengekalkan gaya hidup sihat dan bersukan bukan sahaja untuk gembira tetapi juga baik untuk kecergasan fizikal yang membantu kita jalani kehidupan seharian dengan lebih seronok dan tidak stres.”