Berita

Ramli Timbalan Speaker pertama pengerusikan pembentangan belanjawan

- Diterbit 18 Oktober 2024 4:39 PM MYT

PEMBENTANGAN Belanjawan 2025 petang ini dipengerusikan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd Noor.

Ia mencipta sejarah apabila buat pertama kalinya belanjawan dipengerusikan Timbalan Speaker Dewan Rakyat.

Sebelum ini ia lazimnya dipengerusikan Speaker.

Belanjawan 2025 bertemakan ‘Ekonomi Madani, Negara Makmur, Rakyat Sejahtera’ adalah belanjawan ketiga oleh Kerajaan Perpaduan ditadbir Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Belanjawan ini adalah terakhir di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (2021-2025) sebelum beralih kepada Rancangan Malaysia Ke-13 untuk tempoh lima tahun akan datang.

Terdahulu Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mengetuai delegasi Parlimen ke Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN ke-45 di Vientiane, Laos bermula hari ini sehingga 22 Oktober ini. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas