Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Berita

Ramlan Harun kini Pengerusi SPR baharu

- Diterbit 26 Jun 2024 10:41 AM MYT

Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Ramlan Harun dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dalam kenyataan hari ini berkata pelantikan itu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim selaras dengan Perkara 114(1) Perlembagaan Persekutuan.

Ramlan, 60, menggantikan Tan Sri Abdul Ghani Salleh yang bersara wajib pada 9 Mei lepas.

Abdul Ghani menjawat jawatan berkenaan bermula Ogos 2020. – BERNAMA 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas