Berita

Raja Permaisuri Agong Rasmi Floria Diraja Putrajaya 2022

TUNKU Azizah (kiri) berkenan mencemar duli berangkat meluangkan masa melawat tapak sekitar pameran RFP 2022 sambil diiringi Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (kanan).
- Diterbit 29 Ogos 2022 6:24 AM MYT

RAJA Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan merasmikan Floria Diraja Putrajaya (RFP 2022), pagi tadi bertempat di Anjung Floria, Presint 4, Putrajaya.

Keberangkatan tiba Tunku Azizah kira-kira pukul 11 pagi disambut Menteri Wilayah Persekutuan; Datuk Seri Dr Shahidan Kassim bersama isteri Datin Seri Shamsiah Md Yassin, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias bersama isteri; Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Rosida Jaafar dan Presiden Perbadanan Putrajaya, Datuk TPr Fadlun Mak Ujud.

Tunku Azizah berkenan meluangkan masa lebih sejam melawat sekitar tapak pameran RFP 2022.

Festival kali ke-12 yang bertemakan Floria Hebat bermula hari ini hingga 4 September 2022 menghimpunkan sebanyak 10,000 pokok orkid yang dipamerkan dengan lebih 400,000 pokok daripada pelbagai spesis dan kultivar bunga-bungaan serta tanaman hiasan. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas