RAJA Norway, Raja Harald V telah dimasukkan ke hospital di Malaysia kerana mengalami jangkitan, menurut kenyataan pihak Istana Norway pada Selasa, lapor Xinhua.
“Raja telah jatuh sakit semasa percutiannya di Malaysia dan dimasukkan ke hospital di sana kerana mengalami jangkitan.
“Raja mendapat penjagaan yang baik daripada kakitangan perubatan Malaysia dan Norway,” menurut kenyataan itu.
Raja berusia 87 tahun itu dalam lawatan peribadi ke Malaysia.
Dilahirkan pada 21 Feb 1937, Raja Harald V menaiki takhta Norway pada tahun 1991. – BERNAMA-XINHUA