Berita

Rafizi dijangka bentang Kertas Putih cadangan gaji progresif

- Diterbit 30 November 2023 12:27 AM MYT

MENTERI Ekonomi, Rafizi Ramli dijangka akan membentangkan Kertas Putih cadangan dasar gaji progresif di Dewan Rakyat hari ini.

Kertas Putih ini akan menerangkan secara terperinci berkaitan dengan asas-asas dan mekanisme pelaksanaannya.

Rafizi sebelum dilaporkan berkata peruntukan pelaksanaan rintis gaji progresif untuk pekerja dan syarikat swasta awalnya telah dimasukkan di dalam Belanjawan 2024 di bawah Kementerian Ekonomi.

Rafizi memberitahu, ini adalah kali pertama kerajaan campur tangan secara terus untuk meningkatkan gaji sektor swasta.

Projek rintis pelaksanaan gaji progresif akan dilaksanakan pada 2024, bagi menilai keberkesanan dan ketersediaan dasar tersebut dengan membabitkan kira-kira 1,000 syarikat yang memenuhi syarat kelayakan dengan pekerja bergaji antara RM1,500 dan RM4,999.

Projek rintis ini bagi mengekalkan momentum tumpuan kerajaan kepada isu gaji rakyat dan keputusan itu akan melihat pelaksanaan dasar berkenaan yang perlu melibatkan kesemua pihak dan digerakkan sebagai langkah bersama satu negara.

Dasar gaji progresif dibuat bagi membantu negara mencapai sasaran bahagian pampasan pekerja sebanyak 45 peratus dari Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dalam tempoh 10 tahun.- WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas