SATU Operasi Bersepadu pemeriksaan pusat penyembelihan ayam dan pusat pemprosesan makanan ayam telah dijalankan di sekitar kawasan Taman Perindustrian IKS dan Spring Crest Industrial Park.
Operasi yang bermula dari jam 2 pagi itu membabitkan kakitangan dari Unit Kawalan Makanan dan Air, Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Dalam operasi berkenaan, sejumlah empat premis telah diperiksa dan hasil pemeriksaan mendapati lantai, diding dan kebersihan premis pertama berada dalam keadaan tidak memuaskan.
Selain itu, tiada perangkap minyak dipasang dan sisa dialirkan terus ke longkang awam.
Premis berkenaan juga gagal mengemukakan dokumen seperti lesen, suntukan pelalian typhoid, kursus dan kawalan perosak.
Sehubungan itu, premis berkenaan diarahkan tutup di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983 berkuatkuasa serta merta.
Pemeriksaan di kilang penyembelihan ayam pula mendapati pihak kilang memenuhi kehendak kesihatan di mana terdapat ‘water treatment plant’ untuk pengurusan sisa air.
Pengendali juga memakai apron dan penutup kepala, manakala penyembelih ada warganegar dan telah mendapat latihan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
DBKL seterusnya memberikan pendidikan kesihatan berkaitan kehendak kesihatan kepada pemilik premis.
Bagi premis keempat, tiada aktiviti penyembelihan ayam dijalankan sebaliknya hanya membabitkan aktiviti pembungkusan.
DBKL mendapati kebersihan premis berkenaan memuaksan dan semua pengendali mengemukakan suntikan pelalian typhoid dan kursus pengendalian makanan.
Pemeriksaan secara berkala dan bersepadu terhadap premis seumpamanya akan dilaksanakan secara berterusan oleh DBKL dari semasa ke semasa supaya pengguna mendapat bekalan ayam yang bersih dan terjamin kesuciannya. – WILAYAHKU