Selebriti

PU Riz harap remaja tidak salah pilih bidang belajar, galak sertai YEG Academy

|KEMPEN YEG Pesta Sambung Belajar #jangantersalahpilihbidang yang dilancarkan baru-baru ini.||PU Riz kini pensyarah kanan bagi program Diploma Pengurusan Haji dan Umrah di Fakulti Pengajian Antarabangsa
- Diterbit 15 April 2022 12:40 AM MYT

PENDAKWAH bebas dan selebriti Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail, 27, telah dilantik sebagai pensyarah kanan bagi program Diploma Pengurusan Haji dan Umrah di Fakulti Pengajian Antarabangsa, Kolej Antarabangsa Inovatif.

Muhammad Haris atau lebih dikenali sebagai PU Riz berkata, lantikan secara kontrak selama setahun itu berkuatkuasa pada 1 Februari lalu.

“Kolej ini diselia oleh YEG Academy (M) Sdn Bhd. Insya-Allah bakal bertukar status universiti tahun depan. Sebelum ini mereka juga melantik PU Amin, terbaharu saya pula.

“Selain menjalankan tugas sebagai pensyarah kanan, saya juga bertanggungjawab dari segi pemasaran untuk mempromosikan Diploma Pengurusan Haji dan Umrah ini. Ia sesuatu yang baharu dan diiktiraf MQA,” katanya.

KEMPEN YEG Pesta Sambung Belajar #jangantersalahpilihbidang yang dilancarkan baru-baru ini.

PU Riz yang kini mempromosi kempen YEG Pesta Sambung Belajar #jangantersalahpilihbidang berharap remaja di luar sana tidak salah memilij bidang demi kebaikan masa depan.

“Dalam memilih bidang pengajian, elakkan daripada menerima pandangan sepenuhnya daripada rakan sebaya. Sebaliknya sertailah YEG Academy yang akan memberi panduan kepada mereka.

“Niat murni YEG Academy adalah untuk memupuk dan memberi kesedaran dalam kalangan pelajar tentang kepentingan memilih kursus yang betul untuk melanjutkan pelajaran tinggi bagi mengelakkan peningkatan kadar pengangguran di Malaysia.

“Bukan itu sahaja, salah pilih bidang juga boleh menyebabkan kadar pengangguran semakin tinggi di Malaysia. Hal ini kerana mereka tidak mendapat kerja yang mereka idamkan dan juga bersesuaian dengan bidang yang mereka belajar di universiti,” jelasnya.

PU Riz kini pensyarah kanan bagi program Diploma Pengurusan Haji dan Umrah di Fakulti Pengajian Antarabangsa, Kolej Antarabangsa Inovatif.

Dalam masa yang sama, PU Riz yang mengajar tentang pengurusan haji dan umrah berharap agar lebih banyak institusi pengajian tinggi (IPT) dalam negara menawarkan kursus sama sekali gus melahirkan mutawif berkualiti.

“Program ini mendapat sambutan baik. Alhamdulillah semua okay. Harapnya universiti lain wujudkan program sebegini. Banyak impak.

“Kalau umrah okay lagi, tapi ibadat haji ini yang susah sikit. Ada banyak jenis haji yang perlu kita ketahui. Orang kena tahu sebab perjalanan haji ini panjang. Perlu ada kepakaran untuk mereka uruskan haji,” katanya.

PENGASAS YEG Academy, Hasan Ithnin

Manakala pengasas YEG Academy, Hasan Ithnin turut teruja kerana ini adalah kali pertama menghantar pelajar menjalankan sesi praktikal dalam suasana yang sebenar.

Katanya, pelajar tahun akhir Diploma Pengurusan Haji dan Umrah di YEG Academy akan dihantar ke Mekah dan Madinah untuk menjalani latihan industri di sana bersama syarikat pelancongan islamik terkemuka seperti Andalusia Travel and Tours.

“YEG Aacademy adalah kolej pertama yang menghantar pelajar menjalani latihan praktikal di Mekah dan Madinah. Setakat ini kami mempunyai 500 orang pelajar yang sedang dan akan menjalani latihan industri di sana secara berperingkat.

“Jika mereka tidak bekerja dalam bidang umrah dan haji, diploma yang dimiliki membolehkan mereka bekerja dalam sektor pelancongan dan pengurusan.

“Hal ini kerana Diploma Pengurusan Haji dan Umrah silibusnya sama seperti Pengurusan Pelancongan cuma di sini ditambah tentang haji dan umrah,” kata Hasan.

Selain Diploma Pengurusan Haji dan Umrah, banyak lagi kos lain yang sesuai boleh diambil namun jangan tersalah pilih dengan sertai YEG Academy. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas