Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Berita

PROLINTAS sedia kerjasama berhubung penahanan pegawai oleh SPRM

Kredit: SPRM
- Diterbit 26 Jun 2024 10:47 AM MYT

PROJEK Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) sedia bekerjasama dengan pihak berkuasa berhubung siasatan membabitkan kes pembinaan susulan penahanan warga kerja syarikat itu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Kami komited dan bersedia untuk bekerja rapat dengan semua pihak berkuasa berkaitan bagi memastikan kerjasama penuh dalam membantu siasatan.

“PROLINTAS terus komited dalam mengekalkan integriti dan tadbir urus korporat pada tahap tertinggi,” menurut syarikat konsesi lebuh raya itu dalam kenyataan.

Media sebelum ini melaporkan SPRM mengesahkan lapan individu termasuk tiga pengurusan tertinggi PROLINTAS direman selepas disyaki meminta serta menerima rasuah membabitkan pembinaan dua projek lebuh raya di Lembah Klang. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas