Berita

Projek pembinaan Skuadron Hawk PU TUDM Labuan bernilai RM19.2 juta,siap sepenuhnya

- Diterbit 8 Jun 2024 5:32 PM MYT

PROJEK pembinaan infrastruktur untuk perpindahan Skuadron Hawk Ke Pangkalan Udara TUDM Labuan bernilai RM19.2 juta ringgit telah siap sepenuhnya.

Majlis penyerahan projek itu antara pihak pemaju iaitu Jabatan Kerja Raya (JKR) Labuan dan Pangkalan Udara Labuan yang disaksikan oleh Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Beliau berkata projek bermula pada 15 Oktober 2019 dan disiapkan sepenuhnya pada 15 Mac 2024.

“Ia meliputi kerja menaiktaraf bangunan ibu pejabat sedia ada, Firstline, Garaj dan Computer Based Training (CBT) dan Pejabat Aircarft Ground Support Equipment – Vehicle.

“Selain itu, ia turut melibatkan projek pembinaan bangunan HQ baharu, blok bujang dan kerja-kerja pavemen di Taxiway Bravo dan Taxiway Alpha,”katanya kepada pemberita pada majlis penyerahan projek itu di Pangkalan TUDM Labuan, hari ini.

Beliau turut berharap dengan siapnya projek sebut dapat memberikan impak positif kepada Kementerian Pertahanan dalam memastikan peningkatan keupayaan pesawat hawk dalam melaksanakan penugasan operasi di Sabah, Sarawak dan Labuan.

“Yang penting ianya turut meningkatkan keselamatan dan keamanan wilayah Sabah,Sarawak dan Labuan,”katanya.-WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas