Berita

Program Murukku Madani satukan pelbagai kaum

- Diterbit 10 Oktober 2024 4:07 PM MYT

PROGRAM Murukku Madani yang diadakan di Laman Tun Razak membolehan komuniti penduduk di situ mempelajari cara menghasilkan makanan tradisional kaum India Malaysia yang dikatakan berasal dari India Selatan.

Menurut Ahli Jawatankuasa (AJK) Program Murukku Madani, P Malar semua komuniti masayarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum dapat mempelajari seni tersebut bermula daripada bancuhan sehingga pembungkusan.

“Kita panggil semua komuniti turun untuk ambil bahagian. Mereka datang buat muruku secara santai dan bawa balik kuih itu,” katanya ketika ditemui dalam program tersebut baru-baru ini.

Menurut Malar sejurus selepas proses pembungkusan, mereka turut mengagihkannya kepada setiap zon di Bandar Tun Razak.

“Diharap program yang dapat mengeratkan silaturahim ini dapat dianjurkan setiap tahun,” katanya.

Sementara itu, seorang penduduk Bandar Tun Razak, Irene Tai berkata program seperti itu amat bagus kerana mereka dapat mempelajari perkara baharu yang berfaedah.

“Saya belajar dari awal sehingga membungkus muruku. Hanya mengambil masa 30 minit sahaja untuk mempelajarinya,” katanya.

Seorang lagi penduduk Bandar Tun Razak, Aina Abdul Hamid berkata kehadirannya ke program tersebut untuk mempelajari lebih mendalam cara untuk membuat muruku dan mengetahui bahan-bahan yang digunakan oleh kaum India.

“Mudah sahaja untuk membuat kuih ini dengan hanya menggunakan minyak sapi serta tidak menggunakan telur. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan lagi,” katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas