Berita

Program Merdekakan Jiwa Wanita Ogos ini

- Diterbit 22 Julai 2023 7:00 AM MYT

SEMPENA Sambutan Hari Kemerdekaan 2023, Persatuan Aspirasi Primadona Putrajaya bakal menganjurkan Program Merdekakan Jiwa Wanita bertempat di Hall B, Lanai Karya Event Space, Putrajaya.

Presiden Primadona Putrajaya, Jumaitul Laily Zakiah berkata ­program yang akan diadakan pada 26 Ogos ini ­dianjurkan khusus buat para ­wanita ­muda berumur antara 16 hingga 45 ­tahun di ­sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Antara program menarik yang akan diadakan pada pukul 2 ­hingga 5.30 petang hari tersebut adalah sesi beramah mesra dan ­perkongsian ilmu bersama ­model, blogger dan jurucakap ­imej, Candy Sofea.

“Empat topik ­menarik akan dikongsikan bertajuk Kulit Cantik Adalah Kulit Yang Sihat, Rias Wajah Mengikut Warna Personal Anda, Gaya Menyerlahkan Kuasa dan Aura serta topik berkenaan ­kecantikan luar dan dalam.

“Dengan kehadirannya, ­kita harapkan bukan sahaja boleh menjadi ikon untuk menarik wanita muda menyertai program ini malah mendapatkan sesuatu ilmu bermanfaat daripadanya,” katanya kepada Wilayahku.

Selain itu, Jumaitul ­berkata program tersebut turut ­menyediakan reruai untuk usahawan wanita muda ­berniaga dan memperkenalkan produk mereka sendiri.

“Mana-mana individu yang ingin menyertai program ini boleh mengisi maklumat di pautan https://forms.gle/bfqGouqD674thzZH8 dan segera ­berdaftar bagi mendapatkan harga early bird berharga RM25 khusus buat 30 individu terawal.

“Jika tidak berkesempatan, anda masih boleh berdaftar dengan bayaran ­harga promosi sebanyak RM35 dan harga ­biasa RM399 namun ia terhad kepada 80 orang sahaja. Sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi urus setia di ­talian 013-279 5738 (Yana) atau 019-571 3739 (Azie),” ujarnya program tersebut bertemakan warna merah jambu dan putih. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas