Berita

Program Jualan Rahmah bantu ringan beban rakyat

- Diterbit 20 Januari 2025 10:56 AM MYT

PROGRAM Jualan Rahmah Parlimen Nibong Tebal berlangsung meriah pada di perkarangan Dewan Serbaguna MPKK Seri Ampangan anjuran bersama Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Nibong Tebal dan Yayasan Rahmah Malaysia.

Program yang menawarkan barangan keperluan harian seperti ayam segar, ikan, telur, beras dan minyak masak dengan harga lebih murah ini dianjurkan bertujuan untuk membantu meringankan kos sara hidup rakyat.

Program yang dihadiri lebih 1,000 orang pengunjung dalam kalangan masyarakat setempat di Seri Ampangan ini turut menawarkan perkhidmatan kaunter agensi kerajaan seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Menteri Pendidikan merangkap Ahli Parlimen Nibong Tebal, Fadhlina Sidek turut hadir menyampaikan sumbangan barangan keperluan harian kepada golongan B40 dan asnaf selain turut bermesra dengan pengunjung.

Mengulas lanjut Fadhlina berkata program tersebut bukti komitmen berterusan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Nibong Tebal untuk membantu meningkatkan kualiti hidup masyarakat setempat. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas