Berita

Program JOTA, JOTI hubung pengakap seluruh dunia

- Diterbit 20 Oktober 2024 3:50 PM MYT

PROGRAM Jamboree On The Air (JOTA) dan Jamboree On The Internet (JOTI) Peringkat Negeri Kedah diyakini dapat menghubungkan pengakap seluruh dunia dan mengeratkan lagi silaturahim sesama mereka.

Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin berkata seramai 350 pengakap dari seluruh Wilayah Persekutuan Labuan mengikuti JOTA dan JOTI yang menghimpunkan pengakap, pengakap laut dan pengakap udara semalam.

“Tujuan program ini adalah sebagai aspirasi dan inspirasi agar matlamat melahirkan modal insan yang berkualiti.

“Selain meningkatkan jalinan serta jaringan dengan dunia luar dalam ilmu kepengakapan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Penutupan Sempena 67th Jamboree On The Air (JOTA) dan 28th Jamboree On The Internet (JOTI) Peringkat Negeri Kedah Tahun 2024 di Sekolah Kebangsaan (SK) Haji Hussin Dol, Kampung Tok Kau, Guar Chempedak, Kedah.

Beliau hadir selepas menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) Permatang Pauh, di Seberang Jaya.

Azman juga berharap program tersebut dapat memanfaatkan ilmu dan pengalaman yang diperolehi.

Beliau berkata ini bagi menjadi warga negara yang berguna kepada bangsa agama dan negara. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas