YAYASAN Wilayah Persekutuan (YWP) dengan kerjasama Lembaga Tabung Haji (TH) memperkenalkan Program Bijak Bestari Kampong Bharu hari ini.
Program itu merupakan satu inisiatif pendidikan untuk membantu pelajar asnaf dan keluarga kurang berkemampuan.
Dalam majlis itu, TH telah menyumbang hampir RM160,000 dalam membantu meningkatkan prestasi akademik pelajar melalui Program Bijak Bestari Kampong Bharu.
Program ini melibatkan 50 pelajar sekolah rendah dan 50 pelajar sekolah menengah dari golongan asnaf.
Antara aktiviti yang dilakukan di dalam program itu seperti kelas tuisyen, kem motivasi, dan bengkel pembelajaran bertujuan menangani keciciran pendidikan.
Program itu dilancarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dan turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif YWP, Dr Abdul Basir V. Kunhimohamed serta Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Syed Hamadah Syed Othman.
Program tersebut berlangsung dari 5 Oktober lalu hingga 14 Disember ini dapat menyokong pembangunan pendidikan komuniti luar bandar, memperkasakan pelajar dan mendekatkan jurang sosioekonomi antara bandar serta luar bandar. – WILAYAHKU