PENULIS buku Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman, Profesor Dr Muhd Kamil Ibrahim meninggal dunia pada pukul 7.20 malam tadi di Hospital Al-Sultan Abdulla, UiTM Puncak Alam.
Allahyarham yang pernah menjawat jawatan Profesor perakaunan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) menghembuskan nafas terakhir selepas menderita kanser paru-paru.
Mohd Kamil dilahirkan di Kampung Bintang, Besut, Terengganu pada 19 Mei 1964 dan mendapat pendidikan Ijazah Sarjana dari Universiti Dundee, dan memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (PhD) daripada Universiti Wales, United Kingdom.
Allahyarham sebelum ini merupakan profesor perakaunan di UniKL Business School, pernah berkhidmat lebih dari 24 tahun di UiTM dan tiga tahun di Universiti Taibah, Madinah, Arab Saudi.
Muhd Kamil juga merupakan penulis beberapa buah buku bertemakan keagamaan dan motivasi. – WILAYAHKU