Berita

Princessca Yvanne bergelar Unduk Ngadau Labuan 2024

- Diterbit 14 Mei 2024 5:52 PM MYT

PRINCESSCA Yvanne Kimberly Abalbert,24, berasal dari Ranau, Sabah dinobatkan Unduk Ngadau Kaamatan 2024 peringkat Labuan, baru-baru ini.

Dengan kemenangan itu, beliau bakal mewakili Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA) Labuan ke peringkat Negeri Sabah pada penghujung bulan ini.

Beliau yang menampilkan rekaan kontemporari inspirasi daripada tiga pakaian tradisi Dusun Liwan telah berjaya menawan hati para juri.

Dengan kemenangan itu beliau menerima mahkota Unduk Ngadau dan hadiah berupa wang tunai serta trofi dan hadiah.

Manakala, tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi oleh Elvira Linda Sipayang dan Wirnesly Winol dengan membawa hadiah wang tunai bersama hadiah iringan.

Terdahulu, Pertandingan Unduk Ngadau Kaamatan Labuan menampilkan lapan peserta di peringkat akhir berlangsung di Dewan Serbaguna Perbadanan Labuan, baru-baru ini.

Selain itu, Labuan turut diwakili juara Sugandoi dan juara Buvazoi Tavantang (MRK) Labuan ke peringkat negeri Sabah pada 30 dan 31 Mei ini. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas