Berita

Prihatin terhadap semua pekerja

BARISAN penjawat awam, wakil-wakil syarikat swasta serta mahasiswa yang hadir pada PIKAS 2030 di Putrajaya.
- Diterbit 20 September 2024 10:00 AM MYT

BARU-BARU ini ramai yang menyatakan ketidakpuasan hati kononnya kerajaan hanya fokus menjaga penjawat awam sahaja dengan memberi segala faedah kepada golongan tersebut.

Malah rata-ratanya meluahkan rasa kecewa terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan tidak mengambil berat serta mengabaikan peranan pekerja swasta dalam pembangunan negara.

Mereka ini dilihat seolah-olah terlalu sensitif dan melulu menuduh sedangkan Anwar menegaskan kejayaan penswastaan bukan hanya diukur melalui keuntungan kewangan, tetapi juga melalui kebajikan pekerja.

Memetik ucapan beliau pada Majlis Peluncuran Pelan Induk Kerjasama Awam-Swasta 2030 (PIKAS 2030) di Putrajaya, baru-baru ini, beliau berkata perhatian khusus harus diberikan kepada keadaan upah, terutama bagi pekerja di peringkat rendah.

โ€œKedua, perumahan mereka. Ketiga, pendidikan mereka, termasuk pendidikan anak-anak pekerja. Hal-hal ini mesti diberi perhatian.ย  Tanggungjawab menyediakan perumahan tidak boleh diserahkan sepenuhnya kepada kerajaan manakala kebajikan pekerja mesti diutamakan dalam proses penswastaan,โ€ ujar Anwar.

Menurutย  beliaun, konsep ekonomi yang mampan adalah yang memberi perhatian kepada aspek kognitif manusia dan memastikan kesejahteraan pekerja terjamin.

โ€œBarulah konsep ekonomi yang prihatin dan mampan dapat direalisasikan, kerana kemampanan bukan hanya tentang keuntungan dan kelestarian. Ia merangkumi aspek yang mengangkat martabat insan itu sendiri,โ€ ujar beliau.

Terdahulu, seramai 1.6 juta penjawat awam menerima โ€˜durian runtuhโ€™ menerusi pengumuman yang dibuat Anwar mengenai pelarasan gaji baharu kumpulan tersebut.

Antara yang menjadi tarikan dan bualan ramai adalah kenaikan gaji meliputi pelbagai kumpulan jawatan dalam perkhidmatan awam antaranya kumpulan pelaksana akan menerima kenaikan sebanyak lapan peratus pada Fasa 1 (Disember 2024) dan lapan peratus pada Fasa 2 (Januari 2026).

Kumpulan Pengurusan dan Profesional akan menerima kenaikan sebanyak empat peratus pada Fasa 1 (Disember 2024) dan tiga peratus pada Fasa 2 (Januari 2026).

Manakala kumpulan Pengurusan Tertinggi akan menerima kenaikan sebanyak empat peratus pada Fasa 1 (Disember 2024) dan tiga peratus pada Fasa 2 (Januari 2026).

Dalam masa sama, tidak dilupakan juga Bantuan Sara Hidup (BSH) bagi veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak berpencen akan ditambah daripada RM300 kepada RM500 sebulan bagi yang layak.

Sebenarnya banyak lagi keistimewaan yang diberikan kepada penjawat awam. Namun pekerja swasta jangan gusar kerana Perdana Menteri juga mahukan yang terbaik buat anda. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas