Berita

Prestasi ringgit kedua terbaik di Asia

- Diterbit 19 Julai 2024 3:28 PM MYT

PRESTASI ringgit adalah kedua yang terbaik di Asia dan dijangka akan terus mengukuh menjelang akhir tahun ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dalam satu hantaran di Facebook beliau.

Menurut Rafizi, pada 17 Julai ringgit mengukuh kepada 4.6652 berbanding 4.7931 pada 18 April lalu.

“Indeks Komposit iaitu indeks saham syarikat terbesar terus naik sejak setahun lalu kepada 1,633 mata, iaitu peningkatan 21.09 peratus dalam setahun,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab spekulasi yang mendakwa ringgit turun, saham turun dan pelabur lari.

Jelas Rafizi, Indeks Emas iaitu indeks saham syarikat modal pertengahan terus naik dan kini mencapai paras tertinggi dalam tempoh lima tahun.

“Indeks Emas mencecah 12,678 mata iaitu peningkatan 26.32 peratus dalam setahun,” ujarnya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas