Berita

Prestasi kerajaan akan lonjak lebih tinggi – PM Anwar

Kredit foto: RTM
- Diterbit 23 November 2023 1:58 PM MYT

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memperbaiki prestasi Kerajaan Perpaduan pimpinan beliau untuk mendepani cabaran sebelum tamat penggal pentadbirannya.

Beliau turut mengucapkan kesyukuran setelah mengemudi Kerajaan Perpaduan dan telah melaksanakan amanah dengan sedaya upaya.

“Alhamdulillah kita (sudah) buat sedaya upaya, seluruh pasukan dan Insya Allah kita akan perbaiki,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Kesyukuran Setahun Pentadbiran Kerajaan MADANI di Putrajaya hari ini.

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof, Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Zuki Ali dan menteri-menteri kabinet.

Perdana Menteri juga optimis dengan kekuatan baharu, prestasi kerajaan akan melonjak lebih tinggi.

Terdahulu beliau bersama 5,000 hadiri sertai majlis bacaan yasin dan solat hajat untuk keamanan negara Malaysia dan untuk keadilan rakyat Palestin yang dizalimi – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas