PRESIDEN Palestin Mahmoud Abbas akan menghadiri sesi ke-31 sidang kemuncak Liga Arab yang dijadualkan berlangsung di Algiers, Algeria pada 1 Nov, lapor Xinhua.
Perkara itu diumumkan Abbas semasa pertemuan dengan Mufti Besar Baitulmaqdis dan wilayah Palestin Sheikh Muhammad Hussein di bandar Ramallah, Tebing Barat pada Khamis, memetik agensi berita Palestin (WAFA) .
Sementara itu, pegawai Palestin menyeru sidang kemuncak Liga Arab untuk mengambil pendirian tegas berhubung tindakan Israel di Baitulmaqdis dan Masjid Al-Aqsa serta memberikan sokongan material dan moral kepada penduduk. – BERNAMA