Berita

Potensi raih RM8 bilion

YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menghadiri pertemuan bersama Perdana Menteri India, pertukaran MOU antara dua negara dan sidang media bersama di Hyderabad House ketika lawatan rasmi di New Delhi, India, 20 Ogos, 2024. - SADIQ ASYRAF/Pejabat Perdana Menteri
- Diterbit 23 Ogos 2024 12:52 PM MYT

LAWATAN ke India berjaya membuahkan hasil apabila Malaysia meraih potensi perdagangan berjumlah RM8 bilion dalam sektor minyak sawit dan produk berasaskan minyak sawit, bahan kimia dan produk kimia, minyak dan gas serta alat ganti kapal terbang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata selain itu Malaysia juga berjaya mendapatkan komitmen pelaburan bernilai RM4.5 bilion daripada pelbagai sektor serta syarikat di negara ini.

“Nilai perdagangan Malaysia-India pada 2023 berjumlah RM72.31 billion (AS$16.53 bilion) dengan 168 projek pelaburan dilaksanakan sehingga Mac 2024 bernilai RM4.5 bilion yang bakal mewujudkan 16,640 peluang pekerjaan,” kata beliau yang mengakhiri lawatan rasmi tiga hari ke India pada Rabu.

Anwar berkata lawatan ke India kali ini turut menyaksikan permeteraian lapan Memorandum Persefahaman (MoU) antara kerajaan Malaysia dan India serta tujuh MoU B2B (Perniagaan kepada Perniagaan) antara kedua-dua negara.

“Saya berterima kasih kepada Perdana Menteri India, Narendra Modi, kerana mengundang saya untuk lawatan rasmi ke India yang sangat memuaskan,” kata beliau kepada media Malaysia selepas berakhirnya lawatan tersebut. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas